Selamat Datang Ke MyGDI Sabah
Latar Belakang: Malaysia Geospatial Data Infrastructure (MyGDI) merupakan projek nasional untuk mewujudkan Infrastruktur Data Spatial (SDI) bagi membolehkan perkongsian maklumat geospatial di kalangan pembekal data bagi setiap daerah tempatan seperti negeri sabah.
MyGDI Sabah merupakan SDI peringkat negeri untuk menggalakkan perkongsian metadata dan data geospatial di kalangan pembekal data dalam sektor kerajaan. Ianya bertujuan untuk berkhidmat sebagai Komuniti GIS yang lebih cekap melalui Pusat Penerangan MyGDI Sabah iaitu Portal Internet yang membenarkan penyebaran data rangka kerja, metadata dan standard secara on-line.
|